Soalan Lazim



Kami telah menerima banyak pandangan dan pertanyaan mengenai portal ini. Berikut adalah rumusan daripada pandangan dan pertanyaan-pertanyaan berkenaan. Anda dialu-alukan untuk terus memberikan pandangan ke arah menjadikan portal ini 'mesra pengguna', sesuai untuk anda semua. 

S : Bagaimanakah cara untuk mengubah penampilan yang terdapat pada portal ini?

J : Ubahsuai penampilan mengikut selera anda

Anda boleh mengubah warna utama (latarbelakang utama) dengan memilih pada seleksi warna yang diberikan dan warna templet akan berubah serta-merta Untuk membesarkan saiz font, pengguna boleh memilih A+ , untuk mengecilkan saiz teks, pengguna boleh memilih A- dan kembali kepada normal dengan memilih A.
Pengubahsuaian (customization) ini tidak akan mengganggu pelawat-pelawat lain. Ia hanya untuk paparan di pelayar web anda sahaja.Selamat mencuba!!


S : Bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak penjara?

J : Alamat, telefon dan peta

Alamat:
Unit Urusetia
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira,
43000 Kajang,
Selangor

Telefon: 03-8732 8000
Fax: 03-8739 9205
http://www.prison.gov.my

Maklumat: Peta Lokasi - Kompleks Ibu Pejabat Penjara Malaysia


S : Apakah yang dimaksudkan dengan penjara?

J : Definisi dan istilah kepenjaraan




PENJARA
Untuk menahan banduan yang belum dan yang telah dijatuhi hukuman penjara.
SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG)
Untuk menahan penghuni berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Juvana.
TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN (TTP)
Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA)
Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
BANDUAN REMAN
Terdiri daripada orang yang ditahan di penjara sementara menunggu untuk dibicarakan. 
TAHANAN MAHKAMAH RENDAH (TMR)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Rendah.
TAHANAN MAHKAMAH SESYEN (TMS)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Sesyen.
TAHANAN MAHKAMAH TINGGI (TMT)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Tinggi.
BANDUAN JATUH HUKUM
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah.
Hukuman lama
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh atau yang melebihi enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya ialah atau melebihi enam bulan.
Hukuman Singkat
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh kurang daripada enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya kurang daripada enam bulan.
Banduan Pertama Kali
Ertinya seseorang banduan yang pertama kali disabitkan dan dimasukkan ke dalam penjara.
Banduan Berulang Kali
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulangkali masuk penjara
Banduan Muda
Terdiri daripada banduan yang berumur kurang daripada 21 tahun yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
Banduan Dadah
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan kes-kes dadah oleh pihak mahkamah
BUDAK NAKAL (JUVANA)
Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga 18 tahun yang telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Juvana dan mereka ini ditempatkan di Sekolah Henry Gurney.
ORANG TAHANAN (OT)
Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh pihak berkuasa (Menteri Dalam Negeri):
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Mereka ini ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Mereka ini ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak.
BANDUAN DAGANG (BD)
Adalah warganegara asing yang ditahan di penjara sementara menunggu pengusiran pulang ke negara asal mereka. Mereka terdiri daripada banduan yang telah tamat menjalani hukuman penjara dan juga mereka yang ditahan terus di penjara di bawah Akta Imigresen.
BANDUAN AKHIR (BA)
Banduan yang dikelaskan sebagai banduan risiko tinggi dan terdiri daripada mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.
HUKUMAN SEUMUR HAYAT
Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat mereka dan tiada tarikh bebas
HUKUMAN SEUMUR HIDUP
Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun
TAHANAN LIMPAH SULTAN/GABENOR/YANG DI-PERTUAN AGONG
Banduan yang boleh dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati atas sebab banduan tersebut masih di bawah umur (juvana) atau ditakrifkan oleh pihak perubatan sebagai orang yang tidak siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasannya hanya melalui pengampunan oleh Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong termasuk banduan gila yang ditahan di rumah sakit jiwa atas limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong.
Dibenarkan dan dilarang
Kecuali jika dinyatakan, anda dibenarkan untuk mencetak semua artikel.
Anda tidak dibenarkan memindah turun semua gambar yang dipamerkan. Klik kanan tetikus tidak dibenarkan.
Forum dan Sembang adalah ruangan untuk kemudahan kita bersama. Jangan gunakan untuk perkara yang dilarang dan mengganggu ketenteraman orang lain atau mana-mana pihak. Sembang atau 'chat' pada asalnya disediakan untuk ahli-ahli kadet koreksional. Ia menyediakan platform untk mereka berinteraksi sesama sendri sesuai dengan citarasa mereka
Sebarang komen / aduan mengenai portal sila gunakan menu 'Maklumbalas ' atau 'Hubungi Kami'
Pastikan anda membaca maklumat di menu 'Informasi'.
Panduan pindahturun
Portal ini ada menggunakan format .pdf atau perisian acrobat reader pada sesetengah dokumen atau artikel. Ia dinyatakan pada pautan yang berakhir dengan .pdf seperti ini Senarai Artikel Untuk Dipindahturun (.pdf)
Pada ruangan muat turun senarai artikel atau senarai fail, anda perlu terlebih dahulu memastikan pelayar web anda telah dilengkapi dengan perisian Acrobat Reader.
Klik sini Acrobat Reader jika ingin memasang versi terkini.

S : Bagaimanakah cara untuk menghubungi institusi seluruh Malaysia?

J : Alamat dan nombor telefon institusi penjara
Berikut adalah alamat dan nombor telefon institusi penjara seluruh Malaysia. 
Untuk maklumat lanjut institusi penjara berkenaan sila ke menu 'Institusi Penjara' di laman utama.
 
Berikut adalah alamat dan nombor telefon penjara dan parol seluruh Malaysia :
Institusi Zon Utara
Penjara Pokok Sena
KM 24 Jalan Naka,
06400 Pokok Sena, Kedah
Tel : 04-7825555
Faks : 04-7821043
Akademi Koreksional Malaysia
Persiaran Putra Kuah
07000 Langkawi, Kedah
Tel : 04-9600000
Faks : 04-9667120
Penjara Alor Setar
Jalan Sultanah
05350 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7302544
Faks : 04-7328694
Penjara Sungai Petani
Jln Badli Shah,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4202020
Faks : 04-4222171
Penjara Seberang Perai
Jalan Krian-Kedah
14200 Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan
Tel : 04-5824611
Faks : 04-5824711/6711
Penjara Reman Pulau Pinang
Jalan Penjara
10990 Pulau Pinang
Tel : 04-2289899
Faks : 04-2293528
Penjara Taiping
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak
Tel : 05-8072177
Faks : 05-8077631
Tempat Tahanan Perlindungan Taiping
34009 Taiping, Perak
Tel : 05-8837311
Faks : 05-8837010
Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah
Jalan Brewster
31000 Batu Gajah, Perak
Tel : 05-3632255
Faks : 05-3661519
Pusat Latihan Pegawai Penjara
Jalan Mudzaffar Shah
34900 Taiping, Perak
Tel : 05-8082182
Faks : 05-8064909
Penjara Tapah
KM 12, Jln Tapah Road
35400 Tapah, Perak
Tel : 05-4181818
Faks : 05-4182897
Pusat Koreksional Perlis
Jln Kok Klang
02500 Mata Ayer, Kangar, Perlis
Tel : 04-9887000
Faks : 04-9860035

Institusi Zon Tengah
Penjara Kajang
43000 Kajang, Selangor
Tel : 03-87364620
Faks : 03-87367449
Penjara Sungai Buloh
KM 20 Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh, Selangor
Tel : 03-6038 4690 / 4691 / 4692 / 4693
Faks : 03-60384685
Penjara Wanita Kajang
43000 Kajang, Selangor
Tel : 03-87341025
Faks : 03-87372279
Maktab Penjara Malaysia
43000 Kajang, Selangor
Tel : 03-87394800
Faks : 03-87363435
Penjara Seremban
Jalan Muthu Cumaru
70990 Seremban, NS
Tel : 06-7652500
Faks : 06-7635991
Institut Pemulihan Dadah Jelebu
71650 Titi Jelebu,
Negeri Sembilan
Tel : 06-6111224
Faks : 06-6112215
Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad
Dusun Dato' Murad
75450 Air Keroh, Melaka
Tel : 06-2323428
Faks : 06-2325790
Sekolah Henry Gurney Telok Mas
75990 Telok Mas, Melaka
Tel : 06-2619284
Faks : 06-2619261
Institut Koreksional Malaysia
Bt 6 3/4, Jalan Lama, Kg Kelongkong
76400 Tanjung Keling, Melaka
Tel : 06-3516684
Faks : 06-3516650
Penjara Sungai Udang
76300 Sungai Udang, Melaka
Tel : 06-3519600
Faks : 06-3517791
Penjara Simpang Renggam
86200 Simpang Renggam, Johor
Tel : 07-7550991
Faks : 07-7556050
Penjara Kluang
Kg Gajah, Jln Mersing,
86000 Kluang, Johor
Tel : 07-7875200
Faks : 07-7875128
Penjara Reman Johor Bahru
Jalan Air Molek,
80700 Johor Bahru
Tel : 07-2231226
Faks : 07-2231227
Pusat Pemulihan Akhlak Muar
Jalan Salleh
84007 Muar, Johor
Tel : 06-9522711
Faks : 06-9529126

Institusi Zon Timur
Penjara Pengkalan Chepa
Jalan Maktab
16109 Kota Bharu
Tel : 09-7715500
Faks : 09-7745308
Pusat Pemulihan Akhlak Machang
Jalan Machang - Tanah Merah
18500 Machang, Kelantan
Tel : 09-9762800
Faks : 09-9762911
Penjara Marang
21600 Marang, Terengganu
Tel : 09-8320200
Faks : 09-8325269
Penjara Penor
KM 18 Jalan Kuantan
25558 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5121099
Faks : 09-5311169
Kompleks Penjara Bentong
Felda Mempaga 2
28600 Bentong, Pahang
Tel : 09-2210111
Faks : 09-2241553
 

Institusi Zon Sabah
Ibu Pejabat Penjara Sabah
88811 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-270495
Faks : 088-270460
Penjara Wanita KK
88811 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-319004
Faks : 088-319471
Penjara Pusat Kota Kinabalu
Peti Surat 11020
88811 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-236777
Faks : 088-270470
Penjara Sandakan
Peti Surat 1469
90716 Sandakan, Sabah
Tel : 089-665860
Faks : 089-663713
Penjara Tawau
Peti Surat 546
91008 Tawau, Sabah
Tel : 089-712509
Faks : 089-711564
Sekolah Henry Gurney Keningau
89007 Keningau, Sabah
Tel : 087-331337
Faks : 087-332901

Institusi Zon Sarawak
Ibu Pejabat Penjara Sarawak
KM 23 Jalan Puncak Borneo
93250 Kuching, Sarawak
Tel : 082-614005
Faks : 082-613411
Penjara Puncak Borneo
KM 23 Jalan Puncak Borneo
93250 Kuching, Sarawak
Tel : 082-614066
Faks : 082-614015
Penjara Pusat Miri
98009 Miri, Sarawak
Tel : 085-615043
Faks : 085-612051
Penjara Pusat Limbang
Jln Medamit
98700 Limbang, Sarawak
Tel : 085-211068
Faks : 085-211060
Penjara Pusat Sibu
Jalan Awang Ramli Amit
96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-330740
Faks : 084-348487
Penjara Pusat Sri Aman
95008 Bandar Sri Aman, Sarawak
Tel : 083-322161
Faks : 083-325495

Pejabat Parol Negeri
Parol Negeri Selangor
No. 33-1 & 33-2,
Jalan Impian Mahkota 1,
Saujana Impian,
43000 Kajang, Selangor
Tel : 03-8734 8715
Faks : 03-8734 8725
Parol Negeri Perlis
No 8 Taman Pengkalan Indah
Jalan Dato Wan Ahmad
01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9791300
Faks : 04-9791303
Parol Negeri Kedah
Tingkat Bawah, Bangunan Wisma Persekutuan Alor Setar
Jalan Kg Baru, 05000 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7342671/72
Faks : 04-7342673
Parol Negeri Pulau Pinang
Tingkat 14, Suite 2 Wisma TNB
Jalan Anson, 10250 Georgetown
Tel : 04-2299560
Faks : 04-2299564
Parol Negeri Perak
2A & 4A, Jalan Greentown 3
Greentown Nova, 30450 Ipoh
Tel : 05-2491641
Faks : 05-2491640
Parol Wilayah Persekutuan
B-9-6 Blk. B, Megan Avenue 11,
No 12 Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-21643812
Faks : 03-21643846
Parol Negeri Melaka
No M1/6/100 Dan M1/6/101,
Jalan KC, Kota Cemerlang
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2325432
Faks : 06-2325410
Parol Negeri Sembilan
Penjara Seremban, Jalan Muthu Cumaru
70990 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-7630876
Faks : 06-7631537
Parol Negeri Johor
Penjara Kluang, Batu 8
Jalan Mersing
86000 Kluang, Johor
Tel : 07-7875172
Faks : 07-7875173
Parol Negeri Pahang
A17, Tingkat Bawah Dan Satu,
Jalan Seri Kuantan 2, Seri Kuantan Square
25000 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5147082
Faks : 09-5147048
Parol Negeri Terengganu
No 80G, Tingkat Bawah Dan Satu
Jalan Petani, 20000 Kuala Terengganu
Tel : 09-6301083/82
Faks : 09-6301084
Parol Negeri Kelantan
Penjara Pengkalan Chepa
Jalan Maktab,
16109 Pengkalan Chepa, Kota Bharu
Tel : 09-7715280
Faks : 09-7715604
Parol Negeri Sabah
Ibu Pejabat Penjara Sabah
88811 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-252600
Faks : 088-252938
Parol Negeri Sarawak
No 171-173, Tingkat 1
Cinmuk Commercial Centre
Kota Sentosa, Batu 7, Jalan Penrissen
93706 Kuching, Sarawak
Tel : 082-628561/62
Faks : 082-628563

Hak Cipta Terpelihara. © 2017 Jabatan Penjara Malaysia.
PENAFIAN : Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Pokok Sena, Kedah TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.

JABATAN PENJARA MALAYSIA Kompleks Penjara Pokok Sena, Km 24 Jalan Naka, 06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Tel : 04 782 5555 Faks : 04 782 1043 Email : Penjara Pokok Sena

Translate

Produk Penjara

Sokongan Anda

Popular Posts